Sunday, 29 March 2015

Rantai Art...hambar Seyyy




Sebelum aku nak membebel panjang, aku dah mendengar beberapa keluhan tentang Rantai Art yang berlangsung pada hari pertama...hambar,tak best dan bermacam lagi. Aku terlepas pada hari pertama dan aku tak boleh kata apa. Mungkin yang komen macam tu tengah bad mood atau apa kita tak tau. Tu yang aku nak tengok tu pada hari kedua (semalam). Aku tiba with friends pada jam dua. Sebelum tu kitaorang lepak dekat Dataran Underground dulu. Banyak buku yang menarik dan aku adalah beli beberapa zine komik, nanti aku buat ulasan.

Sesampai je aku ke lokasi,alamak betul ke ni rantai. Aku ingat member aku ni dah salah jalan kot tapi memang benar. Dah tengok dari jauh pun dah buat semangat aku nak fun di Rantai jatuh,apatah lagi nak masuk. Kalau nak masuk Rantai kena bayar rm2. Aku tak tau apasal dikenakan cash dua ringgit, padahal dulu free je.  Nasib baiklah mereka tau yang aku ni editor zine Gelanggang Filem, boleh dapat pass media. Dapatlah gelang kertas dengan baucar makanan. kenapa tak bagi rantai? Barulah kena dengan nama Rantai. apapun aku gunakan baucar tu untuk burger,berbaloi gak sebab sedap dan free.Apapun kembali kepada fest.

Aku tak tau apasal banyak sangat ruang yang membazir,serius sangat tak faham. Adakah penting abjab Rantai tu daripada benda lain. Dan Grafiti,dulu dah ada,apasal tahun ni ada lagi. Takde benda lain ke? Dan aku terdengar yang sewa booth Rantai ni mahal,aku tengok setakat meja je kot. Kesian kalau itu menimpa peniaga pada hari tu. Dan aku buat pusingan dekat situ dan aku dah rasa dah jemu, arggggg kenapa macam mana ni Rantai. Dahlah ada tajaan Digi tapi hhmmmm. Apapun aku berhenti tengok persembahan dar band apa ntah. Cover lagu The Times,terus aku blah. Aku pergi tengok talk plak, aduhai bisinglah bunyi dari stage tu. Tengoklah nilah masalah kalau buat talk dan persembahan band secara serentak. Cuba tengok kembali tahun lepas buat dekat Red Banglalow (dekat KLCC gak), talk dalam bangunan, show band dekat luar. Kan best tu.

Bosan sangat aku blah pergi lepak Kino dekat KLCC. Tengoklah beberapa buku tapi tak beli. layan gak talk dengan beberapa peserta The Apprentice Asian dengan tunggu member aku cari buku. Lepas tu kembali ke Rantai Ahh. member aku balik terus sebab tak sanggup nak duduk dekat rantai tu. Masa aku datang yang buat persembahan ialah Bil Musa. WTF Bil Musa ni. Terus terang membosankan,terus pergi cari makanan. Burger yang aku dapat (guna baucar beb) ni tak taulah nak cakap apa. Sedap tu sedap tapi ada sesuatu tentang rotinya. Ek ni dah macam jalan jalan cari makan plak

Motivasi aku mampu bertahan dalam event yang hambar ni sebab Couple. Aku dah lupa berapa banyak lagu dorang main tapi aku enjoy jugalah. Tapi masalah sound tu yang kureng sikit. Diorang main lagu baru dan macam ada unsur unsur band indie pop indonesia plak. Yang peliknya aku boleh sing a long plak. Respon penonton juga agak bagus sampai ada yang dah macam kena rasuk. Apapun lepas abis Couple, diorang sudi sign untuk aku. Thank korang. Dan nanti aku akan interview diorang plak.

Thank Couple

Lepas band Couple, ada satu band Jazz main. Lupa plak nama apa tapi best sebab diorang cover lagu aksi kucing (white shoe). Tapi masalah hujan dah turun. Aku tak boleh layan sebab sound tenggelam dengan bunyi hujan. Aku mencari tempat berteduh. Tapi apa yang kesiannya booth ada kena air hujan sebab khemah dah bocor. Ni lagi teruk dari tahun lepas. Entahlah apalah yang diorang rasa tu,dahlah bayar mahal,booth kecil,sempit plak tu. Apapun hujan kali ni lagi lebat dari tahun lepas. Sebab takde Hujan Kot. Apapun aku bergegas ke talk with Road To ramlee.

WTH!!! Yang ni lagi terus,talk dalam keributan. Aku tak boleh nak layan talk ni dalam ribut macam ni. Cuba banyak korang dengar ceramah dalam ribut taufan,kira macam tulah. Apapun rambut Bo Amir Iqram still lagi tegak terpacak, apakah rahsianya? Paling sadis talk tak sempat habis sebab ribut semakin teruk sampai khemah naik ke awan (yang ni aku tambah je nak nampak ganah sikit), kesian kepada team Road To Ramlee. Aku tak taulah kalau diorang pun bayar gak nak promo Road to ramlee tu tapi apa yang aku kata tadi tahun lepas gak yang ok. Jangan ingat hari itu tak hujan. C'mon semenjak dua menja ni KL selalu hujan!!! dah abis talk yang tak abis tu,aku berjumpa  dengan rewan Ishak sebab beliau dah lama mengidam nak beli zine aku. lepas tu aku blah macam tu je sambil diiringi air hujan. Macam dalam filem plak

Kesimpulannya,rugi je pergi rantai ni. Pihak Rantai kena berfikir dua kali tentang pemilihan lokasi. jangan jadi macam ni plak. Kenapa perlu jadi seperti ini?????

Dan semalam cuma best bila layan filem Gadoh yang Buku jalanan buat. Thank Buku jalalan P.Perdana




Sunday, 8 February 2015

Ulasan Mat Som karya Dato Lat


Aku mengakui aku bukannya peminat Dato Lat yang begitu hardcore sekali. Karya karya beliau yang aku ikuti Cuma KampungBoy dan beberapa buku lakaran beliau di library sekolah. Namun ntah macam mana tangan aku ni tergatal gatal sangat nak beli  buku Mat Som ini. Adakah kerana buku ini pernah diadaptasi menjadi filem ataupun memang ada bisikan syaitan yang suruh beli. Hahaha apapun aku akan mengulas sebaik mungkin.

Mat Som ini lebih senang mengisahkan tentang Mat Som,Seorang wartawan di ibu kota yang menerima sepucuk daripada ayahandanya (Bukan gangster-ed) yang cuba memujuk beliau untuk berkahwin dengan pilihan bapanya. Selain itu juga kita akan mengikuti kehidupan seharian Mat Som di ibu kota yang penuh dengan pelbagai cerita.

Tulisan Tangan! Apa yang aku perasan lukisan dalam Mat Som menggunakan tulisan tangan sepenuhnya termasuk kotak dialog! Malahan strokes lukisan Dato Lat di dalam Mat Som cukup raw tetapi bersahaja. Aku suka melihat Dato Lat cuba menjelmakan masyarakat ibu kota itu sendiri (Kuala Lumpur) melalui lukisannya. Aku percaya Dato Lat mesti selalu melihat sisi kota Kuala Lumpur (Seperti beliau melihat sisi kampong lalu diterjemahkan ke siri kampung boy-ed). Ini sesuatu yang indah di dalam karyanya.
Melalui Mat Som, perceritaannya cukup mudah untuk difahami. Saya suka elemen flashback yang digarap sebaik mungkin oleh Dato Lat. Seperti Mat Som yang terkenangkan Faridah (pilihan ayahanda untuk dikahwin dengannya-ed) lantas memandang kearah  Sungai Klang lantas membawa beliau ke zaman kanak kanak bersama Faridah. Dato Latt memahami bagaimana mahu menyampai sesuatu penceritaan dengan baik.

Lagi menarik terdapat penampilan istimewa (dalam context ini,Dato Lat yang melukis,bukan betul betul orangnya-ed) seprti Pak Agi,Pyan Habib dan Ramli Sarip. Saya suka babak di mana Mat Som bersama Pyan Habib, sedikit sebanyak Pyan Habib yang real punya memang betul betul real di dalam dunia Mat Som. Cukup baik sekali. Juga bait bait sajak Tak Tun Pak Agi (aku masih tak percaya umur Pak Agi sudah 70an!!!-ed),Aku by Saleh Ben Jones…
Mat Som adalah salah satu karya Dato Lat begitu baik sekali. Sayang kepada sesiapa yang belum pernah membacanya. Aku masih tercari cari filem Mat Som tu.

Ulasan ep split Couple vs Maddthelin:50/50


Actually aku pada mulanya ingatkan ep 50/50 ini ep band yang bernama 50/50 yang bergenre post rock rupanya bukan. Ianya adalah sebuah ep split dua ban yang berlainan genre. band itu ialah Couple dan Maddthelin. Kalau wartawan hiburan biasa mesti cakap Maddthelin ini cuba menumpang hahaha.  Cover yang kurrang jelas maksudnya malahan mengelirukan. Nasib baik aku perasan yang ni ep split couple dan Maddthelin dari belakang cover. Malahan pek Ep ini alar kadar jer, tak banyak info info tentang dua band. malahan lirik pun takde gak. apapun jom ajelah layan ep split ni

Sesi couple 

1:She Said
pembukaan buat ep ini. Sebenarnya tak menarik sangat lagu ni. Biasa je. Next

2:Don't Hurt Me
Lagu kali ini lebih baik dari lagu pertama. Sangat chachy dan sedap. Sesuatu buat ost filem filem teenagers atau cinta.

3:Terima kasih
Intro mengingatkan pada satu lagu lama couple tapi lupa plak tajuknya. Bagaimanapun best gak.

Sesi Maddthelin
4:Rise
Padu! Itulah yang aku boleh katakan pada track Rise ini. Duo vocal lelaki dan wanita pada band ini begitu baik sekali keserasian walaupun berlainan style nyanyian.Tahniah!

5:Forfeit
Dua kali Padu!! Seperti lagu sebelum, Maddthelin memang betul betul membuatkan saya teruja terhadap mereka. Jelas mereka adalah sebuah band Post/hardcore baru yang berpontesi tinggi. Lagu ini memang betul betul betul layan.

6:The best for me to say
Padu buat kali ketiga!!! Dah cukuplah aku nak komen lagu. Lagu ini memang begitu padu! Aku boleh katakan mereka memang terbaik

Aku boleh katakan ep 50/50 ni taklah teruk sangat. Namun nampak macam Maddthelin paling menyerlah berbanding Couple walaupun Couple lagi senior. Adakah sebab berlainan genre? Apapun satu split yang agak pelik namun masih berbaloi untuk dimiliki.

Info Baru:Vokalis wanita Maddthelin, Yasmin dah quit dari band dan digantikan Dengan Kareema Ramle.

Couple masih lagi berjuang dalam scene walaupun sudah berusia 20 tahun

Ulasan Zine: Naif isu 1 dan 2

Naif isu 1 dan 2 akhirnya sampai gak. Zine ni adalah hasil usaha trade it antara aku dengan Ainchah Daud. Thank ye kerana sudi trade it dengan aku. Apapun jom layan ulasan aku ni.

Isu pengenalan Naif. Masih banyak kekurangannya dari segi layout yang agak kosong. Terdapat beberapa lukisan yang saya percaya original dari Ainchah Daud. Juga terdapat beberapa puisi yang dimuat di dalam zine ini. Apapun tahniah atas cubaan yang berani ni.


isu 2 Naif kali ini lebih baik dari isu 2. Juga ada penambahan penyumbang karya iaitu member dia gak iaitu mamink,Alyn dan Myra. Kali ini terdapat luahan/catatan peribadi yang seronok gak dibaca. Tahniah buat beliau.

boleh hubungi beliau di twitter mahupun facebook untuk membeli zine naif 1 dan 2 ini

Monday, 2 February 2015

Ulasan album Sekumpulan Orang Gila (SOG)- Bahtera

Akhirnya setelah beberapa tahun menunggu, akhirnya SOG berjaya juga meriliskan album pertama mereka, Bahtera. Jom baca ulasan simple yang aku buat ni.



1-Restu
Intro yang mencengkam jiwa. memberitahu bahawa mereka cuba menyelitkan unsur kemelayuan di dalam album ini. Sungguh Syahdu sekali.

2-Garisan Sartan
lagu yang memang begitu baik sekali. Bait bait lirik yang begitu bermakna sekali. Cuma lagu ni tak heavy sangat.

3-Amat Mudah untuk hanyut dibawa arus (feat Ein Second Combat)
Apasalah tajuk lagu ni panjang sangat? Rasanya form lagu ni macam lebih kurang seperti lagu sebelumnya plak. Ke aku sorang je perasan macam tu? Rasanya kalau takde Ein Second Combat pun takpe kot.

4-Mati
Intro dari ucapan siapa? Apapun lagu ni sangatlah pendek. macam sepintas lalu plak.

5-Hantu (Shana Razman)
Suara Shana Razman boleh tahanlah. Cuma lagu ini semacam kurang memberi kesan kepada aku? Why Why?

6-Kitalah Juara
Antara lagu kegemaran aku dalam Bahtera ni. Nice seruling sound pada awal awalnya. Kemudiaan lebih ke arah Punk rock lagu ni. Apapun lagu ni sesuai kalau buat lagu tema masa tengok bola. Ye kan?

7-Kau,Sempurna (feat Annatasha)
Walaupun ada member yang tak berapa suka dengan lagu ni,sebenarnya lagu ni sedap apa. Walaupun ada sedikit terkucil beberapa part,tapi still masih boleh layan. Anyway siapa Annatasha?

8-Misteri Bertali
Kurang berminat dengan lagu ni sorry.

9-Warta Lama

10-Sebelum pergi aku ingin kembali
Kembali kepada mood mosh. hehehe.

11-Saudara,Sahabat
Ada unsur melodic melodic sikit pada awalnya. Pembentukan lagu yang begitu menarik sekali. Tahniah buat SOG.

12-Hentikan
Lagu ni Heavy giler! Suka part lenggok lenggok ghazal tu. Menarik!!!

13_Sumpah Pendekar (Piano Acoustic)
jika ditanya antara versi asal dengan versi Piano ni, aku rasakan versi ni lebih memberi kesan. Melodi Piano yang jitu selain kawalan vokal yang terkawal dan terjaga.

14-Bahtera
lagu terakhir album Bahtera iaitu Bahtera. hmmm masih lagi mengekalkan style yang kita semua tahu. Terbaik.

Kesimpulannya, Bahtera menjanjikan kepuasan kepada peminat peminat SOG yang dah lama menantikan material ini. Some lagu memang begitu best, some lagu rasanya kurang menarik. Apapun dapatkan album ni daripada menarik sendiri.

21 Februari ini di Blackbox,Publika

Interview lama bersama Sekumpulan Orang Gila

Sebelum aku upload ulasan Bahtera daripada SOG, sini aku sertakan Interview lama SOG untuk zine aku dulu. Bacalah woi



1)Apa maksud lagu 1 melayu?Aku konfius
Lagu ini adalah rayuan dan nasihat kepada rakyat kita sendiri untuk bangkit dan saling mengingati bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Untuk kaum dan etnik lain, mereka boleh mengambil ini lagu sebagai satu pengajaran dan peringatan untuk sentiasa maju ke hadapan.

Apa citer SOG sekarang ni?
Kami sekarang dalam proses meyiapkan EP sulung kami yang berjudul "weareSOG" yang akan kami rilis tak lama lagi InsyaAllah. Selain itu kami baru sahaja mengeluarkan single pertama kami di bawah naungan Universal Music Malaysia yang berjudul "Sumpah Pendekar". Lagu ini diterbit oleh Tam Spider dan lirik ditulis oleh M.Nasir.

sudah rilis apa apa material or MV?cer citer sesikit
Belum release apa-apa lagi. (sekarang dah ada album Bahtera-ed)

line up plak?
Acap : Frontman,Vox
Nazrin : Guitar,Cello,Flute,Vox
Adek : Guitar,Backup Vox
Mel : Bass
Naz : Keys,Synthesizer
Lee : Drum

cer citer sesikit penubuhan SOG
Sekumpulan Orang Gila (SOG) adalah sebuah band Post-Hardcore/Metalcore dari Batu Caves, Malaysia. Bermula sejak kami tingkatan 4 di SMK Taman Selayang, band ini ditubuhkan semata-mata untuk membuat persembahan hari guru pada masa itu (2005). Terdiri daripada enam orang biasa: ACAP (scream vocal), Adek (guitar / clean vocal), Nazrin (guitar / clean vocal/ bamboo flute / cello), Lee (drum), Mel (bass) dan Naz (keys / synth). Kami memulakan perjalanan mereka yang serius pada pertengahan 2009. Sekarang SOG adalah lebih baik daripada sebelumnya selepas Nazhar menggantikan Sam pada pertengahan-2010.

macam mana plak dengan penglibatan salah sorang lineup korang dalam program realiti Tv?
Ia bagaikan rezeki bagi kami apabila Nazrin telah memenangi tempat ke-2 dalam "Keynote 2010" satu rancangan realiti baru ASTRO yang mencari komposer dan producer muda dan berbakat di seluruh Malaysia. Karya-karya beliau mendapat perhatian penggiat seni tanah air seterusnya SOG mendapat tempias dari itu.

Macam mana plak pelibatan M.nasir dalam penghasilan lagu korang(sumpah pendekar)?
Ia bermula apabila kami sedang membuat rakaman single pertama kami di bawah naungan Universal Music. Pada masa itu kami sedang buat rakaman lagu Satu Melayu di bawah pantauan Tam Spider. Selepas meneliti lirik, Tam Spider membuat keputusan untuk meminta M.Nasir untuk meneliti lirik pula. Dari situ kami semua bersetuju untuk menggunakan khidmat M.Nasir yang dengan hati terbukanya hendak menolong kami memperkemaskan penulisan lirik lagu itu. Dari Satu Melayu berubah menjadi 'Sumpah Pendekar'.

penting ke gimik bagi sesebuah persembahan?
Itu depends pada perspektif setiap band. Bagi band macam kami, gimik itu sangat penting bagi memperkenalkan band kepada masyarakat dan pendengar.

pengaruh muzik kalian?
 Kami mempunyai pengaruh muzik besar ke arah band seperti The Devil Wears Prada, UnderOath dan We Came As Romans. Selain itu, kami juga menambah beberapa elemen world music seperti bunyian Afrika, India dan Arab, ditambah dengan lagu-lagu tradisional Melayu dan beberapa elemen Classical Music seperti muzik zaman Baroque dan Romantic.

bagaimana dengan gig gig terbaru?ada perancangan untuk tour di luar negara?
Alhamdulillah, semakin lama muzik kami semakin diterima ramai setiap kali kami membuat persembahan di mana-mana. InsyaAllah lepas raya kami akan membuat tour di beberapa buah negara di sekitar Asia Tenggara untuk tujuan promosi EP terbaru kami.

Macam mana nak hubungi korang?
Contact je la kat Facebook/Twitter. :D

macam mana plak dengan t-shirt ?
Buat masa ini kami ada jual T-Shirt kami yang direka oleh Craznockz Clothing (Indonesia). Sambutannya sangat menggalakkan. Selain itu kami juga mempunyai 'Tank Top' yang direka oleh Irman Bahrudden (Malaysia). Kedua-duanya berharga RM40 

Kata kata terakhir?
Tahun 2012 adalah tahun kami untuk menyinar. So, stay tune for more from us. We won't let you guys down! This is our promise.

harapan korang?
Kami berharap agar semua yang sokong kami teruskan menyokong kami dan muzik tanah air kita dan kami sangat berharap untuk kalian beritahu pada rakan taulan tentang kewujudan kami.

Ce citer sesikit pasal t-shirt band korang sendiri
T-Shirt SOG yang direka oleh Craznockz ni berunsurkan Alien yang comel dan sedikit elemen 'gore'. Selain itu warnanya agak colourful dan high-contrast.


Jelajah terakhir Bahtera, jom beramai ramai