Sunday, 13 April 2014

Ulasan buku: Rahsia Black metal


Imbas kembali pada tahun tahun di mana zaman gelap scene muzik metal, ketika itu agak mencabar bagi mereka mereka yang mengemari irama metal terutama sekali bagi yang meminati muzik Black Metal. Media (yang mainstream khursusnya) seakan akan seperti berpesta porak apabila menyajikan berita berita tentang Black Metal ini. Kesemuanya seperti menghukum mereka ynag meminati muzik ini kerana black metal adalah muzik yang sesat dan bahaya.

Adalah cerita cerita tentang budak tak boleh mengucap 2kalimah syahadat,minum darah kambing,makan babi (?) dan sebagainya. Semuanya ini dimulakan dengan Pak Cik Paku dan Paku Pakis. Selain itu adalah beberapa lagi pihat yang cukup mengambil kesempatan daripada kekalutan yang berlaku ini. Maka terbitlah beberapa buah buku yang cukup untuk membongkah kejahilan Black Metal ini dan termasuklah buku yang aku nak ulas ini.

Sebenarnya aku taknak nak cekupar sangat dalam ulasan kedua ini tapi buku ini memang betul betul macam kimak! yelah tujuan utama nak cerita tentang Black Metal namun pastikanlah tulisan itu betul betul matang dan tak macam penulisan budak kecil. ini adalah kelemahan buku ini kerana corak penulisan agak amatur selain lemah dari segi susun ayat yang dramatik. Agak boring sebenarnya membaca buku ini kerana isu yang ditulis agak mengulang ulang serta tak disertakan bukti yang kukuh. kalau anda dah kecewa membaca buku lawak ujang yang terbaru,kini bolehlah nak baca buku ini sebab lagi sekali penulisan yang agak amatur dan sedikit kelakar. Dari mana agaknya mangkuk ini belajar menulis ek?

Nak tahu apa yang lagi kelakar? pengikut black metal suka melepak di pasaraya untuk mencari anggota baru (huh?), Red metal adalah aliran baru Black Metal yang menjadi Love Bite di leher sebagai tanda pengenalan (gapo dio plak ni) dan Rose Metal plak Black Metal versi pompuan. Inilah yang buatkan saya gelak memanjang je sebab penulisannya agak kebudak budakkan serta tak cukup bukti. saya dah lama dalah scene metal ini saya taulah hahaha. Di harapkan penulis buku ini masuk balik sekolah rendah dan belajar balik macam mana nak menulis dengan betul. kalau macam ini punya penulisan layak masuk dalam lubang jamban je.

p;s: Tahap kebodohan seseorang boleh dinilai melalui penulisannya. Macam kes budak budak main hentam kromok je komen dekat FB.

No comments:

Post a Comment