Sunday, 13 April 2014

Ulasan : Gantung (novel)



Novel Gantung daripada Nadia Khan ini adalah karya baru beliau. Sebelum ini adalah saya membaca karyanya yang pertama iaitu kelabu yang agak meletup gak penerbitannya (sekarang ini masih lagi diulang cetak). Dan paling mengejutkan Gantung juga telah pun diulang cetak. mak i cepat giler nak cetak lagi.

Kita kembali kepada Gantung. Sebuah genre yang agak lari daripada Kelabu iaitu genre remaja/misteri. Berbanding dengan Kelabu, karyanya kali ini agak nakal dan sedikit...hmmm. Namun sedikit sebanyak corak penulisan Nadia yang agak menarik seperti Kelabu tak dapat disangkal lagi lebih lebih dengan pembinaan kimia di antara watak watak utamanya (seperti 4 orang member baik tu) yang agak kukuh disertakan kecermelangan Nadia untuk mengorah jalan cerita yang seimbang di antara (yang ni malas aku nak ulas takut spoiler plak.

Secara keseluruhan novel ini agak menyentuh perasaan tentang  persahabatan yang sejati. Balik terbaik bila endingnya agak touching sehingga mengalih air mata. Rasanya tak payah buat epilog tu takpe dah, biar cerita habis macam tu biar membaca tak senang nak tidur. Justeru itu ini adalah cubaan berani dari Nadia Khan dan tahniah jugaan atas kejayaan novel ini. Sedikit sebanyak adalah input yang bagus kita perolehi daripada membaca novel ini.

Kalau ditanyakan antara kelabu dan Gantung sebanyak masing masing ada kekuatan (apasal rasa macam artis hipokrik tengah bercakap plak ni), namun secara personal saya masing lagi sukakan Kelabu bukan kerana gantung ini tidak berjaya memikat hati saya cuma in case adalah pilihan peribadi saya. Jangan lupa dapatkan Gantung di kedai kedai yang terpilih. keluaran berkuanliti dari Fixi.

p;s :Interview bersama Nadia Khan terdapat dalam edisi sulung Suara Kami.

No comments:

Post a Comment