Sunday, 29 June 2014

ulasan buku;Tumbok Rusok

Dah lama tak mengulas buku. maaflah ye

Tumbok rusok adalah salah satu ruangan dalam satu satunya majalah muzik yang ada di pasaran malaysia iaitu Rottw. Mengetengahkan elemen kritikan dalam bahasa yang tidak terlampau format, Tumbok Rusok menzahidkan satu sifat kejujuran dalam mengkritik sesuatu isu. Saya yang mengikuti majalah rottw dari masa sekolah lagi begitu ternanti nantikan rungan Tumbok Rusok ini. Oleh sebab itu saya agak begitu ternanti nantikan koleksi Tumbok Rusok yang diterbitkan pada tahun ini.

Di dalam koleksi Tumbok Rusok ini, kebanyakkan sudah saya baca. namun ianya bukan menjadi masalah buat saya memandangkan isu isu yang dibawa masih relevan pada masa kini. Bahkan ada perkara perkara yang disentuh masih lagi menjadi penyakit dalam industri muzik tempatan.

Justeru itu,koleksi ini agak berbaloi untuk dimiliki. Susun atur layout yang kemas dan mudah dibaca. Disaratkan kepada mereka yang masih mengambil berat terhadap dunia muzik tempatan.

1 comment: