Thursday, 31 July 2014

Promo teater 2014- Belengas


Copy paste daripada FB Revolution Stage



Selepas kejayaan Teater Jam Dinding Yang Berdetak dan Teater Muzikal SudirMANIA baru-baru ini, Revolution Stage sekali lagi mempersembahkan teater terbaru kami, Teater Belengas.

Belengas membawakan kisah tentang masyarakat dari beberapa generasi umur yang telah memulakan kehidupan mereka sebagai manusia biasa daripada dalam rumah dan mempunyai keluarga lengkap. Segalanya bermula saat manusia diberi akal dan sudah boleh berfikir pada mula-mula zaman kanak-kanak hinggalah dewasa maka terwujudlah mentaliti-mentaliti yang mencetuskan tuntutan-tuntutan yang melampau sehingga manusia itu sendiri berperang dengan mentaliti tersebut. Semakin lama melawan mentaliti sendiri, semakin menjadi belengas hidup manusia. Akhirnya ada rancangan bangsat bagi mengalahkan mentaliti yg mana dari pemikiran mereka sendiri.

Pengurus Produksi
Jiggy Wawa

Pengarah
Khairunazwan Rodzy

Pelakon
Peserta Intermediate Workshop
Taufiq Izmir

Sinografer
Yusman Mokhtar

Stage Manager
Jits Abduullah

Maklumat Pementasan

Nama: Teater Belengas
Tarikh: 13-17 Ogos 2014
Tempat: Black Box, Publika
Harga Tiket: RM35

Promosi Harga Tiket;

1. Jika anda memiliki T-Shirt "GengRS" akan dapat diskaun RM5

2. Jika anda mempunyai 3 tiket pementasan teater RS yang terkini (AsramRA, Jam Dinding Yang Berdetak, SudirMANIA Restage) boleh dapat diskaun RM5

3. Jika anda beli tiket pada 7,8 dan 9 august, anda akan dapat diskaun sebanyak RM10!

Cara pembelian tiket : 0139988556


Ulasan: Ek belum lagi berlangsung dah nak buat review,hahaha apalah aku ni. Jangan lupa untuk mendapatkan tiket sebelum terlambat. Dijamin suka hati



No comments:

Post a Comment