Tuesday, 29 July 2014

Ulasan muzik (ep): Kugiran Malaya

Kugiran Malaya adalah sebuah band yang muncul ditengah tengah kehangatan gelombang indie circa 2007-2009. Saya tak tahu kenapa era itu sekejap sahaja. Berbalik kepada Kugiran Malaya, dianggotai oleh Shazmly (vocal,gitar), DJ Nast-T (turntable) dan Sheamiz (bass/vocal). Hanya mereka bertiga sahaja dan yang sekarang saya nampak kelibat  DJ Nas-T. Adakah ketika ini beliau sudah tidak bersama dengan Dragon Red? Ini semua kisah lama,kalau nak gali semua pun mungkin next times dalam ruangan Flashback band.

Track 1) intro- sekadar intro. Memberi klue apakah jenis muzik  bawaan  mereka

Track 2) Kisah Kita: Tipikal malay rock song. Dari segi susunan muzik masih kira ok Cuma dari segi bawaan vocalnya yang agak sedikit bermsalah pada satu satu part. Jelas perlu sedikit penghayatan pasda masa akan datang.

Track 3) Epilog cinta- Salah satu lagu kegemaran saya memandangkan ini adalah soundtrack bagi drama kegemaran saya iaitu Blogger Boy. Kali ini vocalnya dah terkawal sedikit dan segalanya terbaik.  Next songs.

Track 4) Aku berani: Kali ni rock sedikit ya. Lirik yang agak tipikal tapi komposisi muziknya agak bagus terutamanya pada bahagian korus. Juga menjadi lagu kegemaran saya dalam ep ini. Cukup kuat hooknya.

Track 5) setia- Dalam lagu ini, peranan Nas-T agak menyerlah sama macam track 3. Segalanya masih sedap didengar.

Kugiran Malay mempunyai pakej yang bagus untuk terus melangkah jauh cukup sayangnya ini sahajalah bukti kewujudan mereka bersama beberapa buah band indie yang lain. Mana mereka semua pergi? Apapun Ep ini agak simple,tiada lirik disertakan ketika saya membeli dulu. Jadi info infonya agak limited jugalah.
Lagu-Lagu dalam Ep ini


Music distributor:Cili records

No comments:

Post a Comment