Tuesday, 29 July 2014

Ulasan Muzik :Komplot:Konflik Metropolis single


Komplot adalah band yang agak menyerlah ketika era gelombang indie tengah hit dulu dulu. Seiring dengan hujan,Meet uncle Hussein,bitter Sweet dan lain. Komplot menjanji satu kelainan ketika itu kerana mereka membawa etika disco yang dicampurkan dengan rock,indie dan punk dan menjadikan satu entity muzik yang kita kenali sebagai muzik Komplot. Bahkan dari segi attidute mereka terutamanya Arwah Zac yang begitu kental dengan persona penghibur sering menjadi ikutan para Komplotan. Jom baca ulasan single ini.

Track 1-Konflik Metropolis: Bila saya mendegar lagu ini circa 2007, terus melekat dalam minda dan ketika itu jugalah saya meminati band ini.Sebuah lagu yang akan dikenang sampai bila bila. Cukup rencah sebuah lagu yang berkualiti.

Track 2- Konflik Metropolis(versi demam): say teringat lagu ni ketika mendengar melalui website AMP channel v (RIP). Sbuah track yang telah didown tempohnya dengan vocal arwah Zac yang agak mendayu dayu. Unik dan menghiburkan.

Track 3) Konflik Metropolis(versi live):Begitu havoc sekali suasana dalam track ini dank orang boleh search dekat youtube untuk versi ini. Salah satu video youtube yang selalu saya tonton circa 2007 dulu dulu. Mereka sudah menunjukkan taring pada persembahan ini dan sememangnya penonton begitu teruja malahan siap sing a long sekali. Versi live ini memang mantap


Hidden track: Konflik Metropolis (tapi takde vocal)


No comments:

Post a Comment