Thursday, 31 July 2014

Yuna-Terukir dibintang (2012)


cakaplah apa apa pun yang pastinya aku memang peminat Yuna dari dulu sampai sekarang. Sebarang spekulasi dan cakap cakap negatif tentang beliau langsung tak memberi kesan kepada aku. Oleh itu aku cuba nak mengulas beberapa rilisan daripada penyanyi Malaysia yang sangat berbakat besar ni iaitu Yuna. Rilisan yang terpilih untuk kali ini ialah Terukir Di Bintang. Selepas ulasan ni aku cuba untuk membuat artikel pasal Yuna dan mengulas lagi rilisan daripada beliau.

Terukir di bintang ni mempunyai 8 lagu dan semuanya mempunyai kekuatan masing masing. kalau tanya aku memang semua aku minat. Dari segi pakej albumnya ini agak simple dan kadang kadang rasa risau juga kenapa tak macam kebanyakkan album album artis/band lain di dalam pakej cd  yang biasa tu? Apapun mungkin booklet album ini agak bagus,ada lirik serta banyak info info tentang produksi album ini. Cuba bayangkan sesebuah booklet album hanya banyak gambar dan lirik tapi tiada info pasal produksi album tersebut? Mungkin kerana Masyarakat kita yang memang jenis taknak ambil tau sesuatu perkara ataupun apa? apapun jom baca ulasan track dalam album ini

1)Sparkle- Mula mula saja dah memikat hati saya. melodi yang kuat selain vokal Yuna sendiri sebagai tunjang utama menyebabkan lagu ini membibit di hati saya. Nice.

2)Photo Of you- Seperti yang saya katakan, tunjang utama adalah suara yuna yang memang sedap dan tersendiri. Produksi lagu ini juga berhasil dan memikat hati saya lagi. segalanya ok

3)memo- Saya ade melihat MTV lagu ini dan mendengar dalam versi album juga sama. Sebuah lagu yang berhasil memberi saya semangat seperti dalam MTVnya. Cuba hayati bai baitnya.

4)KL Kita feat Qi Razali- kali ini terdapat sumbangan suara daripada Qi Razali. hehehe taknak cerita hal hal lama. Qi Razali yang saya kenal adalah seorang pelakon/pengacara dan pernah menyertai band kegemaran saya,OAG. Kalau bab menyanyi ni seingat saya pernah melihat Qi menyanyi tapi dalam dramalah iaitu Blogger Boy. Tapi dalam lagu ni boleh tahanlah juga, mungkin part Qi taklah sampai Overshadow Yuna cuma menambahkan seri dalam lagu ini. Lagu yang sesuai kalau layan atas bumbung rumah. lagu ni adalah OSt bagi filem Kolumpo.

5)Terukir Di Bintang- Ada lenggok old school dalam lagu ini. Sekali lagi Yuna berjaya membawa lagu ini dengan jayanya.Next

6)Coffee- satu satu lagu Yuna yang ada feel dark dan juga kegemaran peribadi saya dalam album ini. Mungkin disebab liriknya yang berhantu ataupun suara Yuna memang berhantu. Hope dia boleh buat lagu lagu macam ni lagi.

7)Someone Out of town- Best

8)Cool track. mengambil feel retro pada sound sehingga sampai part yang wow lagu ini memang berkualiti. Inilah sebabnya Yuna berjaya sehingga ke tahap internasional. go global Yuna.

Sebenarnya aku nak mengulas banyak lagi pasal album ini tapi banyak assignment yang nak dikejar tambahan lagi line internet sekarang tak berapa ok sangat. Hope Yuna terus berjaya!

2 comments: