Saturday, 9 August 2014

Muzik: Ulasan Central Disposal(Thrash Metal)



Hari tu dengar metalcore, Hari tu dengar metalcore, Hari tu dengar metalcore, Hari tu dengar metalcore. Sampai aku pun dah boring. Kebanyakkan pula hampir mempunyai sound yang sama. namun kali ini istimewaan sikit, Kita layan Thrash pula! Central Disposal memainkan irama thrash!

Bila tengok pada booklet ini, ditulis rakam pada tahun tahun 2010-11, tapi 2014 baru nak rilis. kenapa ek? nanti aku tanya diorang. Album ini gak dimastering di Saff Mastering,USA...jauhnya.

Line up Central Disposal
Roi:Gitar   Jeff:menyanyi     Azrul Ihnsahn:main Gitar        Mad SD:ketuk
Drum


1-Wall Of Fear: Dimulakan dengan intro sebelum hentaman thrash yang begitu kental sekali. Sejak akhir ni jarang dah aku dengar mana mana yang bermain dengan style thrash metal. Asyik asyik metalcore je. Lagu ini agak begitu menyerlah dengan deruman drum yang begitu bagus, permainan gitar yang agak menarik dan vokal yang kena dengan konsep sebegini. Permulaan yang bagus.

2-Holocene Extinction- Lagu ini juga bagus seperti track pertama. Memberi memang begitu berjaya membawa mood thrash dengan begitu baik. Sesetengah

3-Thrash or be Thrashed- Lagu pasal Thrash. Yeahhhh

4-Toxic Death-Layan!!!

5-Thrashing hour:kali ini sedikit laju. Tapi sayang pendek plak

6-Hostile World:Masih lagi mantap seperti track sebelumnya. Solo dalam lagu ni mengancam.

7-Mindwars: Lagu kegemaran saya, Lagu ini juga mempunyai part agak begitu laju.

8-Under Attack- masih berpuas hati setakat ini,hahaha

9-Liege of Inveracity-yeahhh!!!

10-Death Row-Pendek kata thrash dah kembali!

Kalau tengok pada ulasan nampak macam simple sangat. Cuma kalau nak rumuskan untuk rilisan ini, mereka masih mempercayai dengan semangat Thrash Metal. Rilisan ini memang bermutu tinggi dari segi soundnya. Secara tak langsung memberi kepuasan kepada pendengar. Central Disposal mungkin boleh berbangga dengan rilisan ini yang nampaknya berjaya dari segi penyusunan lagu,guitarwork,vokal yang bertenaga. Dari segi cover album mungkin memang ini kehendak sendiri. Semoga selepas ini lebih banyak rilisan thrash yang akan muncul memandangkan irama ini seakan dilupakan terutamanya golongan muda.

No comments:

Post a Comment