Wednesday, 13 August 2014

Ulasan Muzik :album Estrella 2008



Estrella adalah satu band Indie yang aku minat masa sekolah dulu dulu. walaupun ini sajalah material yang sempat mereka riliskan tapi sekurang kurangnya dapatlah mengubat rindu di hati ini. band yang dianggotai oleh liyana Fizi (vocalis/cantik),Yob (gitar),Jeff (Drums), Ariff (bass) , Wan (perkusi). Apa yang kita tahu Liyana kini lebih ke arah indie/jazz dan sedikit sentuhan pop. lagu lagu Estrell mempunyai nilai komersial ya ng tersendiri dan tidak susah untuk menerima lagu lagu bawaan mereka. Bagaimanapun hayat band ni tak lama kerana masing masing membawa haluan. Apapun saya suka Liyana Fizi.

Ulasan lagu lagu dalam album ini:

1)Stay: Tak silap ini adalah single kedua mereka. Sebuah trak yang agak kuat dalam rilisan. Mood Liyana dalam lagu ini agak laju (apa yang aku cakap tidak bukan berkaitan pada style nyanyian cuma lenggok lagu yang sedikit upbeat) dan Segalanya ok!

2)Some Space : Nice arrangement song. Saya enjoy dari mula sampai habis.

3)Ternyata : Lagu pengenalan saya terhadap Estrella. Memang tepat jika memilih lagu ini sebagai single pertama walaupun lagu stay lagu kuat hooknya. Anyway inilah lagu yang membawa Liyana Fizi masuk ke dalam hati saya J

4)My Morning: Suara Liyana macam tenggelam dengan sound gitar. What?

5)Foolish senses: Mari kita berdansa! Lagu ini pula ade unsur unsur salsa ditambahan dengan campuran English dan juga bahasa melayu. Sebuah lagu yang berbuatkan saya happy. I love u, Liyana.

6)Keepsake : Guitar work yang begitu menyakinkan.  Walaupun lagu ini agak mendatar tapi tiada masalah untuk terus melayan. Kekuatan lagu ini sekali lagi ialah … Liyana Fizi!!

7)Take It Slow: Lagu ini juga cukup kuat radio kawannya dan memang takde masalah kalau nak siarkan di radio. Best

8)Heaven:Saya tak sangka pula Liyana mampu menyanyi lagu ini dengan baik. Tonasi yang berbeza dari Liyana Fizi memang begitu asyik sekali. Lagu kegemaran saya dalam album ini. Santai dan relax!

9)Masih:Vokal Liyana agak terlampau terkawal namun masih lagi boleh layan. Dan seperti saya katakana tadi,ada beberapa part lontaran Liyana agak sedikit mengganggu. Hope Liyana tak ambil hati J


10)it’s You: Best

Secara keseluruhan album ini memang patut dimiliki. carilah sampai dapat,memang susah nak cari!

2 comments:

  1. cuba dekat dekat dengan Liyana Fizi,mana tau dia ada lagi

    ReplyDelete