Tuesday, 30 September 2014

Ulasan Hornthrone (sabtu 27hb 9 2014)



Pada hari sabtu yang lalu,aku sempatlah nak pergi layan gig Hornthrone.  Rasa teruja giler babilah sebab dah lama tak layan gig sambil menghilangkan stress final exam ni. nasib baiklah 27 haribulan tu takde exam, kalau tak melepas aku.

Acara bermula jam 4 petang tapi aku terhenget henget datang awal sangat. tapi takpe dapat poster free. Lantas aku mengambil keputusan untuk lepak lepak di Bukit Bintang sambil cuci mata.lokasinya yang agak kabur bagi aku, tu kena pusing pusing Fahrenheit88 baru jumpa, tu pun pasal ada flyer gig ni,susah bro. Tapi dah tau pasal Alt+ HQ ni lain kali tak susahlah kalau ada gig lagi berlangsung dekat ni.

Gig bermula jam 4 petang, ramai gak budak budak yang masuk. kebanyakkan pakai baju hitam metalic, aku rilek je pakai baju Oag sebab baju ni ada cerita yang tersembunyi,hehhehe aku sorang je tahu apa citernya. Apapun mari kita kembali pada cerita pasal gig ni, semua para pengunjung dah boleh masuk dalam untuk menyaksikan persembahan band band pada hari tu. Oh lupa plak sebelum masuk, aku sempatlah beli beberapa barang seperti cd dan t-shirt. Band pertama yang perfom pada hari tu ialah nothing underneath .

Ulasan untuk Nothing Underneath. Kali pertama saya menonton persembahan mereka. Sebuah band yang berasal dari Ipoh serta  berkiblatkan kepada genre metalcore dan sedikit pengaruh detah,kalau tak salahlah. Aku macam biasa mesti duk depan sekali, menyokong industri muzik tempatan hahha. Bagaimanapun percaya atau tidak sebagai band opening, sambutan kepada mereka agak mengalak, tahniah buat penonton yang steady. Nothing Underneath pada setlist lagu pertama agak kurang kedengaran suara vokalis pada lagu lagu pertama namun pada lagu yangs seterusnya mereka berjaya mengegarkan pada hari itu. Aku apa lagi berhanging kepala sampai tercabut tapi masih lagi waras seperti sedia kala. Sempat juga vokalisnya membuat hayunan badan ke arah penonton. Secara keseluruhan persembahan yang berjaya menghidupkan hari itu. Selepas setlist mereka, adalah sedikit kuiz khas dan yang menang dapatlah guli beg. Selepas itu rehat dalam 30 minit dan kemudiaan giliran Samael Abraham.

Nothing Underneath


Ulasan  Sammael Abraham: juga berasal dari perak. Setlist mereka ada sedikit masalah dan ini sedikit sebanyak membuat saya tertanya tanya apa masalahnya dengan teknikal ni. Bagaimanapun the show must go. dan seperti biasa aku duduk paling depan sekali. Dalam duk layan Sammael Abraham ni, baru aku perasan apasal panas sangat ni,rosak ke apa aircold ni? Tak banyak sangat komen pasal Sammael Abraham ni walaupun saya memang ternanti nanti mereka selepas mendengar beberapa lagu mereka yang hebat juga dalam website. Setlist Samael Abraham pun abis dan berehat dalam 30 minit dan kemudiaan bersambung dengan Massacre Conspiracy Official


Samael Abraham



Ulasan Masscre Conspirasy:


Inilah set yang agak chaos bagi aku sampai aku kena terpaksa berlari ke belakang sebab penonton 
dah start menggila. nasib duk sebelah awek. Dan percaya atau tidak inilah kali percaya aku tengok 
Masscre Conspirasy depan depan mata aku, yahoo terlaksana juga impian aku huhu. Apapun 
Masscre Conspirasy tidak mengecewakan pada haritu. Seperti keluhan aku tadi, Ash (voc)  pun dari tadi 
mengeluh panas panas je. Aku rasa bukan aku dengan Ash je yang mengeluh,ramai juga yang bermandi 
peluh. Seperti komen seorang pengunjung yang aku tak kenal langsung 'aduh panas sial'.  Hope penganjur 
ambil penghatian. Masscre Conspirasy juga ada menyelitkan lagu baru yang bertajuk Jiwa Luka (sebenarnya 
takde tajuk lagi tapi aku main bubuh je sebab yelahlah tajuk takde lagi). Sambutan juga meriah seperti selalu.

Peace Yok!!!

Ulasan untuk Artefacts dan Daarchlea ... sorri memandangkan aku dah pening kepala serta kena buat 
assignment yang berlambak giler tu terpaksalah aku balik awal. Minta maaflah buat kedua dua band tersebut 
walaupun aku paling nak tengok dua dua band tu tersebut. Sayang 1000X sayang. Apapun sebagai tanda minta maaf 
aku akan ulas ep Artefacts dan album Daarchlea

Kesimpulan (dah macam buat assignment pula) Hornthrone memang memberi kepuasan pada aku walaupun ada masalah kecil yang berlaku. Terima kasih diucapkan buat para penganjur,pengunjung, band band, krew krew yang terlibat dan sapa sapa sahaja. Harap jumpa lagi. (kalau jumpa budak pakai baju OAG warna merah tu tegur tegurlah sikit)


Ramai yang datang haritu (cek cari mana aku)

Kredit gambar kepada The rock show : https://www.facebook.com/artherockshow

No comments:

Post a Comment