Wednesday, 1 October 2014

Ulangtahun Tiga Buku Jalanan!


*Nota: saya ingat lagi Buku Jalanan beberapa tahun dahulu menghadapi liku liku pelbagai. Saya mengetahui tentang melalui beberapa zine hardcore punk dan juga melalui facebook semestinya. Saya ingat lagi bagaimana terdapat beberapa pihak yang tak senang hati dengan Buku Jalanan ni, tak tahulah kenapa buku buku dirampas, adakah mereka takut rakyat suka membaca lantas membuka fikiran yang lebih kritis? Apapun aku taknak ulas lebih lanjut pasal tu cuma mengucapkan tahniah buat buku jalanan yang sudah pun menjadi satu perkara yang positif malahan sudah ada beberapa scene Buku Jalanan di dalam Malaysia ini. semoga usaha untuk memupuk budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia akan berjaya amin. 


/ 11.10.14  2 Petang sampai Malam Tumbang. / Laman Budaya Shah Alam.

 Antara aktiviti yang ada


Jam 3 Petang
Bengkel Gelang Si Paku Gelang oleh Saudara Tuk Kura!


Jam 4.30 Petang
Forum "Dari P.Ramlee ke Rindu Awak 200% - Satu Kupasan Kritikal Budaya Pop."
Moderator :
Yana Rizal ( Koordinator Projek Dialog)
Panelis :
Nur Hanim Khairuddin (Pengasas Teratak Nuromar, Editor & Kurator)
Haris Zalkapli ( Wartawan & Penulis [www.politikpop.com])
Dr. Azhar Ibrahim ( Felo Pelawat, Universiti Nasional Singapura )




Jam 6.30 Petang
Persembahan muzik : Tenangkan Bontot Anda The Venopian Solitude!
Jam 8.30 Malam


Tayangan & Diskusi Filem Kami The Movie!
Moderator : Athina McGruff.
Panelis :
Fendi Mazlan (Pengarah Filem Kami The Movie)
Dr. Norman Yusoff ( Pensyarah Pengajian Filem Universiti Institut Teknologi Mara & Pengkritik Filem)

*Makanan dan minuman oleh teman-teman Dapur Jalanan Kuala Lumpur!


No comments:

Post a Comment