Friday, 3 October 2014

Ulasan Album daarchlea-Suns (2014


Daarchlea dah lama wujud sebagai sebuah band. Kalau tak silap zaman saya masih lagi bermain Myspace dan kucing saya, papa masih lagi di peringkat remaja (sekarang dah tua Bangka). Namun kini mereka akhirnya tampil dengan sebuah rilisan sulung yang rasmi debut pertama kalinya dikeluarkan untuk santapan korang. Dulu mereka pernahlah juga rilis Ep tapi takde dalam simpanan aku. Dalam menentukan elemen yang cuba diketengahkan oleh Daarchlea di dalam album sulung mereka, terdapat beberapa aspek yang cukup mengangkat album ini sebagai salah satu album metal tempatan terbaik buat tahun 2014. Setidak tidaknya untuk genre new-metal garapan tempatan. Ini belum rasmi lagi sebab album SOG,Tres Empres dan ramai lagi band belum lagi rilis dan saya belum dengar lagi. Ini adalah beberapa komen untuk lagu lagu dalam album ini.

Daarchlea-Suns
Genre:Black/Metal/Melodic/Folk Malay

1:Birth,The Beginning
Intro sahaja,takde komen lebih lebih

2-The Book of heresy
Ketukan drum yang padu yang disambut dengan paduan suara serak mendalam (growl) yang begitu kejam. Memang sebuah track pembukaan yang jitu. Keyboard memberi sedikit perisa pada lagu ini. Cuma pendek sangat lagu ni.

3-Qhilav
Lagu ini adalah sambungan dari lagu the book of heresy. Lagu lama Daarchlea Cuma diberi nafas baru. Seperti lagu yang sebelumnya padu Cuma mereka pandai mencreate elemen metal di dalam lagu ini agak tampal lebih berbagai. Terdapat vocal clear pada part part tertentu. Kalau dengar betul betul ada lengok lengok muzik classical Cuma saya lupa plak apa namanya. Tapi tetap menarik

4-Phase 1-Tree
Elemen Keyboard yang terselit dalam part permulaan sangat cantik sekali. Elemen melodic yang menjeratkan batinku. Lirik lagu ini juga agak mendalam dan tak sangka ada juga band Malaysia yang boleh buat lirik sebegini

5-Phase 2-Human
Ada elemen Death Metal sedikit dalam lagu ini. Dan sekali lagi Daarchlea tidak mengecewakan dengan lagu ini.

6-Odyssey : Towards The Suns
Wah big suprises,tiada growl atau suara tempikan Black Metal dalam lagu ini. Hanya ada suara clear sahaja. Lagunya juga bukan jenis Black Metal Cuma mellow sedikit. Tapi memang best lagunya. Lagu ini disambung pula dengan lagu Paradoctrine.

7- Paradoctrine
Antara banyak banyak lagu dalam album ini,inilah lagu fevered saya. Cuba dengarkan sendiri nanti.

8-Messiah
Terdapat unsur unsur Daarchlea lama dalam lagu ini. Memang mereka bersungguh sungguh menghasilkan lagu lagu yang cukup berkualiti dalam album ini syabas.

9-Ascend To Arasy
Elemen Melayu yang begitu asyik ada dalam lagu ini. Nice track

10-The Great Extinction
Single pertama dari album ini. Jelas disini bahawa Daarclea sudah semakin matang dan tahu bagaimanakah sesebuah lagu Metal yang dianggap sebagai lagu yang baik. Inilah lagu yang terbaik.


Kesimpulannya album yang dinanti nantikan oleh peminat Daarchlea ini memang tidak mengecewakan. Memang tak sia-sia persiapan mereka untuk menghasilkan sebuah album yang bergitu sekali. Semoga mereka menjadi pelapisan Metal yang bagus serta terus menghasilkan lagu yang berkualiti.

1 comment: