Sunday, 25 January 2015

Ulasan GIG Just Scream 5


Semalam aku berpeluang untuk menyaksikan gig Just Scream kali ke 5 di Alt HQ,Fahrenheit 88, Bukit Bintang. Sebanyak hampir 19 band (Betulkan kalau aku siapAku sampai ke lokasi gig agak sedikit lewat iaitu jam 4 petang sebab nak download lagu lagu Iggy Pop! Tapi nasib baik gig tak start lagi walaupun ikut jadual start kul 2 Pm. tak taulah nak kata macam mana. Mungkin ada masalah teknikal kot.

So apa apa hal bayar duit tiket dan terus ke dalam Alt HQ. Belum ramai lagi yang ada dalam ni, mungkin sebab masih belum panas lagi kot.

Band Pertama: Evidence Speaks. Belum pernah dengar band dan gagal memikat saya. Apapun penonton still ada yang positive dan memberi sokongan. Next band!

In Believer: Padu dan bertenaga. Penonton dan mulai menggila tak sudah sudah. Lupa nak bagi tahu setiap band hanya kena nyanyi tiga lagu sahaja. Kalau nyanyi lebih nanti siaplah!Next!

Heart A Tack: Aku dah berani sikit nak mara ke depan hehehe. Diorang ni kira oklah sebab dah gamak suasana petang itu. Sama sama mengejar mimpi.....

Band yang seterusnya aku tak pasti plak band apa. No komen hahahaha

Next band Sleeping Sorrows; Adalah sedikit peningkatan daripada kau pernah tengok diorang dulu. Juga berjaya mengamatkan suasana itu hari.

Next dan salah satu band yang aku nak tengok iaitu SOG!!! mereka sememang berbakat serta mempunyai hala tuju yang tersendiri berbanding beberapa band yang ada sekarang. Salut! Diorang main tiga lagu yang memang padu sekali. Sekarang dah menjadi hiru piku hahaha.

Next: Nothing Underneath pun bikin ribut juga. Aku tak boleh nak komen apa apa sebab penonton kali ni semakin menggila!!!

Dan band seterusnya ialah... Tres Empre!!! Yang ni aku cuma boleh cakap dah tahap havoc gila babi dah. Penonton dan bermaharaja lela atas stage. Lagi haru Tres Empre main 4 lagu sebab pemintaan ramai.

Sorry pada band band yang seterusnya sebab aku dah balik!!! Aku dah nak naik demam dah.

kesimpulan masalah perancangan masa masih ada dan masa untuk soundcheck yang agak lama bagi sesetengah band. Apapun syabas pada pihak penganjur sebab buat lagi gig ni. Ingat dah takde orang nak buat gig dah.

Ps:macam aku cakap tadi,aku ni demam,ulasan pun alar kandar je hahaha


1 comment:

  1. band seterusnya yg bro tk pasti tu namanya Bathed In Placenta :-)

    ReplyDelete