Saturday, 31 January 2015

Ulasan Komik: Invasi




Fixi yang kita tahu banyak menerbitkan novel novel yang bersifat urban mahupun berbeza dengan novel dipasaran tempatan semakin ligat dengan pelbagai kemunculan tajuk novel yang cukup berkualiti. Sehinggakan novel seperti Pecah dan Zombijaya berjaya di adaptasikan menjadi filem walaupun usia Fixi masih mentah. Seterusnya Novel Invasi hasil tangan Raja Faisal pula bakal dijelmakan dalam versi....Komik!!!! Projek adaptasi novel fixi:Invasi ni kalau tak silap aku dah lama dah, kalau tak silap 2-3 tahun yang lepas. Namun segala penantian kini berakhir dengan kemunculan komik terbitan Maple Comics ini!!

Komik Invasi yang dihasilkan oleh En Azhar Abdullah ini berjaya saya beli di pesta buku di SACC,Shah Alam baru baru ini. Cover Invasi ini sendikit berbeza dengan versi novel yang menonjol kemusnahan bandar berbanding dengan versi komik pula lebih kepada penggempur/makhluk asing. Tak menjadi masalah sebenarnya pun sebab dua dua versi yang berbeza. Anyway setelah membaca Invasi versi komik ini memang tak jauh sangat bezanya dengan versi novel. Cuma dalam versi komik penekanan terhadap penjelmaan imej watak dan makhluk asing yang menyerang tu. Memandangkan dalam novel kita cuma mampu membayangkan sedangkan dalam komik dah terang terang pun. Susunan storyline yang tersusun dengan baik sama ada part masa kini,flashback mahupun setelah setahun invasi. Bagi yang tak membaca versi novel,tiada masalah jika membaca versi komik ini. Style lukisan En Azhar Abdullah juga mempunyai yang tersendiri selain begitu raw pada beberapa bahagian. Suka part bayang /percahayaan yang mewujudkan intipadi kelam dan kemusnahan dalam filem ini.

Kesimpulannya: Satu usaha yang baik buat Fixi dan Maple Comics ini. Juga tahniah buat En Azhar Abdullah kerana menghasilkan komik yang cukup mengujakan ini. Kalau ikutkan ini inilah adaptasi pertama novel ke komik di Malaysia..

Komik ini datangnya dalam warna hitam putih setebal 110. Boleh dibeli dimana mana kedai berhampiran dengan anda.

No comments:

Post a Comment