Saturday, 31 January 2015

Ulasan konsert Temasya Selangor SACC, Shah Alam



Pada malam semalam telah berlangsung satu mini konsert yang berlangsung di Parking Lot Sacc,Shah Alam sempena hari Temasya Selangor. Acara ini dah pun bermula pada 29hb januari haritu namun aku pula ada kelas. Kacaulah! Apapun pada malam semalam terdapat 4 persembahan dari Pita Hati,Spooky Wet Dreams,Salam Music dan persembahan istimewa Caliph Buskers

Persembahan pertama iaitu Pita Hati tak dapat aku tengok sebab datang lambat. Next to persembahan kedua.

Spooky Wet Dreams kebanyakkan memainkan lagu cover. Dari Frank Ferdinard hingga Pink Floyd, aku sikit konfius dengan genre yang mereka bawakan memandang ini kali pertama aku tengok persembahan mereka. Apapun persembahan yang ok walaupun para penonton masih lagi berdiri tegak.

Persembahan ketiga ialah Salam Music. Seperti biasa mereka berjaya memberi satu persembahan yang cukup bertenaga lebih lebih lagi pemain sax sorang tu. Satu lagu (lagu baru ke?) yang ada bait terima kasih  terima terima terima terima kasih sama sama sama tu memang sempoilah. Penonton gak memberi respon yang baik.

persembahan terakhir Caliph Buskers. Memulakan persembahan dengan lagu Hatta dan Waris. Kemudiaan pada lagu kedua mereka memainkan lagu Sheila Majid. Aku nampak penyanyi wanita membaca lirik melalui handphone. tak prepare? dan ada satu part beliau tersilap lirik. Nampak seperti beliau tidak bersedia. Part yang terbaik bagi Caliph Buskers semestinya masa lagu Roman Cinta (Mojo) yang telah berjaya membuka mata rakyat Malaysia terhadap mereka. Para penonton memberi respon yang agak memberangsankan

secara keseluruh masih belum puas memandangkan hanya empat band yang membuat persembahan. Kalau ada banyak lagi best. Lighting sedikit membantu dalam persembahan dan dari segi audio juga masih boleh layan walaupun pada part  band Spooky Wet Dream part gitar sedikit ke hadapan.


2 comments: