Monday, 2 February 2015

Interview lama bersama Sekumpulan Orang Gila

Sebelum aku upload ulasan Bahtera daripada SOG, sini aku sertakan Interview lama SOG untuk zine aku dulu. Bacalah woi



1)Apa maksud lagu 1 melayu?Aku konfius
Lagu ini adalah rayuan dan nasihat kepada rakyat kita sendiri untuk bangkit dan saling mengingati bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Untuk kaum dan etnik lain, mereka boleh mengambil ini lagu sebagai satu pengajaran dan peringatan untuk sentiasa maju ke hadapan.

Apa citer SOG sekarang ni?
Kami sekarang dalam proses meyiapkan EP sulung kami yang berjudul "weareSOG" yang akan kami rilis tak lama lagi InsyaAllah. Selain itu kami baru sahaja mengeluarkan single pertama kami di bawah naungan Universal Music Malaysia yang berjudul "Sumpah Pendekar". Lagu ini diterbit oleh Tam Spider dan lirik ditulis oleh M.Nasir.

sudah rilis apa apa material or MV?cer citer sesikit
Belum release apa-apa lagi. (sekarang dah ada album Bahtera-ed)

line up plak?
Acap : Frontman,Vox
Nazrin : Guitar,Cello,Flute,Vox
Adek : Guitar,Backup Vox
Mel : Bass
Naz : Keys,Synthesizer
Lee : Drum

cer citer sesikit penubuhan SOG
Sekumpulan Orang Gila (SOG) adalah sebuah band Post-Hardcore/Metalcore dari Batu Caves, Malaysia. Bermula sejak kami tingkatan 4 di SMK Taman Selayang, band ini ditubuhkan semata-mata untuk membuat persembahan hari guru pada masa itu (2005). Terdiri daripada enam orang biasa: ACAP (scream vocal), Adek (guitar / clean vocal), Nazrin (guitar / clean vocal/ bamboo flute / cello), Lee (drum), Mel (bass) dan Naz (keys / synth). Kami memulakan perjalanan mereka yang serius pada pertengahan 2009. Sekarang SOG adalah lebih baik daripada sebelumnya selepas Nazhar menggantikan Sam pada pertengahan-2010.

macam mana plak dengan penglibatan salah sorang lineup korang dalam program realiti Tv?
Ia bagaikan rezeki bagi kami apabila Nazrin telah memenangi tempat ke-2 dalam "Keynote 2010" satu rancangan realiti baru ASTRO yang mencari komposer dan producer muda dan berbakat di seluruh Malaysia. Karya-karya beliau mendapat perhatian penggiat seni tanah air seterusnya SOG mendapat tempias dari itu.

Macam mana plak pelibatan M.nasir dalam penghasilan lagu korang(sumpah pendekar)?
Ia bermula apabila kami sedang membuat rakaman single pertama kami di bawah naungan Universal Music. Pada masa itu kami sedang buat rakaman lagu Satu Melayu di bawah pantauan Tam Spider. Selepas meneliti lirik, Tam Spider membuat keputusan untuk meminta M.Nasir untuk meneliti lirik pula. Dari situ kami semua bersetuju untuk menggunakan khidmat M.Nasir yang dengan hati terbukanya hendak menolong kami memperkemaskan penulisan lirik lagu itu. Dari Satu Melayu berubah menjadi 'Sumpah Pendekar'.

penting ke gimik bagi sesebuah persembahan?
Itu depends pada perspektif setiap band. Bagi band macam kami, gimik itu sangat penting bagi memperkenalkan band kepada masyarakat dan pendengar.

pengaruh muzik kalian?
 Kami mempunyai pengaruh muzik besar ke arah band seperti The Devil Wears Prada, UnderOath dan We Came As Romans. Selain itu, kami juga menambah beberapa elemen world music seperti bunyian Afrika, India dan Arab, ditambah dengan lagu-lagu tradisional Melayu dan beberapa elemen Classical Music seperti muzik zaman Baroque dan Romantic.

bagaimana dengan gig gig terbaru?ada perancangan untuk tour di luar negara?
Alhamdulillah, semakin lama muzik kami semakin diterima ramai setiap kali kami membuat persembahan di mana-mana. InsyaAllah lepas raya kami akan membuat tour di beberapa buah negara di sekitar Asia Tenggara untuk tujuan promosi EP terbaru kami.

Macam mana nak hubungi korang?
Contact je la kat Facebook/Twitter. :D

macam mana plak dengan t-shirt ?
Buat masa ini kami ada jual T-Shirt kami yang direka oleh Craznockz Clothing (Indonesia). Sambutannya sangat menggalakkan. Selain itu kami juga mempunyai 'Tank Top' yang direka oleh Irman Bahrudden (Malaysia). Kedua-duanya berharga RM40 

Kata kata terakhir?
Tahun 2012 adalah tahun kami untuk menyinar. So, stay tune for more from us. We won't let you guys down! This is our promise.

harapan korang?
Kami berharap agar semua yang sokong kami teruskan menyokong kami dan muzik tanah air kita dan kami sangat berharap untuk kalian beritahu pada rakan taulan tentang kewujudan kami.

Ce citer sesikit pasal t-shirt band korang sendiri
T-Shirt SOG yang direka oleh Craznockz ni berunsurkan Alien yang comel dan sedikit elemen 'gore'. Selain itu warnanya agak colourful dan high-contrast.


Jelajah terakhir Bahtera, jom beramai ramai 


No comments:

Post a Comment