Sunday, 8 February 2015

Ulasan ep split Couple vs Maddthelin:50/50


Actually aku pada mulanya ingatkan ep 50/50 ini ep band yang bernama 50/50 yang bergenre post rock rupanya bukan. Ianya adalah sebuah ep split dua ban yang berlainan genre. band itu ialah Couple dan Maddthelin. Kalau wartawan hiburan biasa mesti cakap Maddthelin ini cuba menumpang hahaha.  Cover yang kurrang jelas maksudnya malahan mengelirukan. Nasib baik aku perasan yang ni ep split couple dan Maddthelin dari belakang cover. Malahan pek Ep ini alar kadar jer, tak banyak info info tentang dua band. malahan lirik pun takde gak. apapun jom ajelah layan ep split ni

Sesi couple 

1:She Said
pembukaan buat ep ini. Sebenarnya tak menarik sangat lagu ni. Biasa je. Next

2:Don't Hurt Me
Lagu kali ini lebih baik dari lagu pertama. Sangat chachy dan sedap. Sesuatu buat ost filem filem teenagers atau cinta.

3:Terima kasih
Intro mengingatkan pada satu lagu lama couple tapi lupa plak tajuknya. Bagaimanapun best gak.

Sesi Maddthelin
4:Rise
Padu! Itulah yang aku boleh katakan pada track Rise ini. Duo vocal lelaki dan wanita pada band ini begitu baik sekali keserasian walaupun berlainan style nyanyian.Tahniah!

5:Forfeit
Dua kali Padu!! Seperti lagu sebelum, Maddthelin memang betul betul membuatkan saya teruja terhadap mereka. Jelas mereka adalah sebuah band Post/hardcore baru yang berpontesi tinggi. Lagu ini memang betul betul betul layan.

6:The best for me to say
Padu buat kali ketiga!!! Dah cukuplah aku nak komen lagu. Lagu ini memang begitu padu! Aku boleh katakan mereka memang terbaik

Aku boleh katakan ep 50/50 ni taklah teruk sangat. Namun nampak macam Maddthelin paling menyerlah berbanding Couple walaupun Couple lagi senior. Adakah sebab berlainan genre? Apapun satu split yang agak pelik namun masih berbaloi untuk dimiliki.

Info Baru:Vokalis wanita Maddthelin, Yasmin dah quit dari band dan digantikan Dengan Kareema Ramle.

Couple masih lagi berjuang dalam scene walaupun sudah berusia 20 tahun

No comments:

Post a Comment