Sunday, 8 February 2015

Ulasan Mat Som karya Dato Lat


Aku mengakui aku bukannya peminat Dato Lat yang begitu hardcore sekali. Karya karya beliau yang aku ikuti Cuma KampungBoy dan beberapa buku lakaran beliau di library sekolah. Namun ntah macam mana tangan aku ni tergatal gatal sangat nak beli  buku Mat Som ini. Adakah kerana buku ini pernah diadaptasi menjadi filem ataupun memang ada bisikan syaitan yang suruh beli. Hahaha apapun aku akan mengulas sebaik mungkin.

Mat Som ini lebih senang mengisahkan tentang Mat Som,Seorang wartawan di ibu kota yang menerima sepucuk daripada ayahandanya (Bukan gangster-ed) yang cuba memujuk beliau untuk berkahwin dengan pilihan bapanya. Selain itu juga kita akan mengikuti kehidupan seharian Mat Som di ibu kota yang penuh dengan pelbagai cerita.

Tulisan Tangan! Apa yang aku perasan lukisan dalam Mat Som menggunakan tulisan tangan sepenuhnya termasuk kotak dialog! Malahan strokes lukisan Dato Lat di dalam Mat Som cukup raw tetapi bersahaja. Aku suka melihat Dato Lat cuba menjelmakan masyarakat ibu kota itu sendiri (Kuala Lumpur) melalui lukisannya. Aku percaya Dato Lat mesti selalu melihat sisi kota Kuala Lumpur (Seperti beliau melihat sisi kampong lalu diterjemahkan ke siri kampung boy-ed). Ini sesuatu yang indah di dalam karyanya.
Melalui Mat Som, perceritaannya cukup mudah untuk difahami. Saya suka elemen flashback yang digarap sebaik mungkin oleh Dato Lat. Seperti Mat Som yang terkenangkan Faridah (pilihan ayahanda untuk dikahwin dengannya-ed) lantas memandang kearah  Sungai Klang lantas membawa beliau ke zaman kanak kanak bersama Faridah. Dato Latt memahami bagaimana mahu menyampai sesuatu penceritaan dengan baik.

Lagi menarik terdapat penampilan istimewa (dalam context ini,Dato Lat yang melukis,bukan betul betul orangnya-ed) seprti Pak Agi,Pyan Habib dan Ramli Sarip. Saya suka babak di mana Mat Som bersama Pyan Habib, sedikit sebanyak Pyan Habib yang real punya memang betul betul real di dalam dunia Mat Som. Cukup baik sekali. Juga bait bait sajak Tak Tun Pak Agi (aku masih tak percaya umur Pak Agi sudah 70an!!!-ed),Aku by Saleh Ben Jones…
Mat Som adalah salah satu karya Dato Lat begitu baik sekali. Sayang kepada sesiapa yang belum pernah membacanya. Aku masih tercari cari filem Mat Som tu.

No comments:

Post a Comment